PERATURAN PSS
Disiplin
- Murid diminta beratur untuk memasuk ke perpustakaan
- Murid mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
- Murid tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
- Murid tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
- Murid dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
- Murid dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
- Murid tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
- Murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
- Murid dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
Bahan-bahan Perpustakaan
- Murid mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
- Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
- Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
Pakaian
- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
- Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.
Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada murid-murid yang melanggar peraturan Perpustakaan.
Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru
- Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.
- Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin murid di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
- Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
- Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
- Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
Guru-guru yang membawa murid ke perpustakaan ketika kelas ganti (kecemasan) perlu mengikut kekosongan bilik.
PERATURAN PINJAMAN
Pinjaman Buku Rak Terbuka
- Isikan butir-butir pinjaman dan pemulangan dalam buku pinjaman
- Catat tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (dibelakang buku).
- Serahkan buku kepada si peminjam.
- Catatkan butir-butir peminjam ke dalam 'Rekod Peminjam Buku Pelajar'.
PERINGATAN.
- Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 1 minggu.
- Seorang pelajar dibenarkan meminjam 1 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali PPSS)
- Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada sebelum waktu sekolah, waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah. (Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau Kerani Perpustakaan)
- Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 5 buku pada satu-satu masa. Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
- Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap
- Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan
Pemulangan Buku Rak Terbuka
- Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada 'Tarikh Pulang' yang sepatutnya