Ziarah Cakna
Ziarah Cakna hari ini membawa kami ke Kampung Tanjung Besar Mergong untuk bertemu dengan anakanda kesayangan Kami Adik Adam. Kami masih belum bersemuka di SK Mergong untuk tahun 2021 namun atas nama ukhuwah, dengan izin Allah kami diberi ruang untuk meghadirkan diri ke rumahnya, adik Adam merupakan murid Tahun 1 2021 disahkan mengidap cancer. Kunjungan Tuan GB Shuhaime Bin Che Pa serta guru SK Mergong tanda ukhuwah mawaddah dan Rahmah. Semoga keluarga adik Adam tabah menghadapi situasi ini dan semoga adik Adam diberikan kekuatan dan kesembuhan InsyaAllah...
#skmhebat
#skmprihatin
Sumbangan Tablet Untuk PDPR
Terima kasih kepada Kelab Belia Darulaman diatas kesudian menyampaikan sumbangan Tablet kepada keluarga 5 beradikini. Adik Muhd Ajmal bin Zulhashimi, tahun 4S Sekolah kebangsaan Mergong, mewakili abangnya serta 2 orang adik juga di SK Mergong serta kakaknya yang kini tingkatan 3 di SMK Mergong, menerima sumbangan tersebut dari Pengerusi KBDA Ybhg Tuan Syed Mohd Johan Rizal yang sudi menziarahi keluarga tersebut di Kampung hujung Mergong. Ayah mereka hanya bekerja sendiri dan ibu mereka suri rumah sepenuh masa. Dengan penuh rasa terharu dan gembira, ucapan terima kasih diulang berkali-kali dari mulut ibunya diatas sumbangan tersebut kerana sebelum ini, mereka 5 beradik hanya berkongsikan satu talifon bimbitnya untuk pembelajaran secara PDPR.
kepada adik-adik SKM ini, gunalah sumbangn ini sebaik mungkin supaya ianya memberi yang terbaik demi masa hadapan yang lebih bermakna dan bermanfaat. Terima kasih juga kepada pihak Sekolah kebangsaan Mergong diatas kerjasama yang telah diberikan. SKM HEBAT!
Rak Untuk Modul PDPR
Rak untuk Modul PDPR disediakan oleh Unit Kurikulum bagi memastikan pengurusan Modul diurus secara tersusun dan bersistematik. Rak disediakan mengikut kelas. Para waris boleh mendapatkan modul pdpr berdasarkan jadual yang telah ditetapkan disamping merujuk kepada arahan semasa guru yang terlibat. Penyediaan Modul ini merupakan salah satu kaedah PDPR yang dilaksanakan oleh guru2 selain kaedah dalam talian. Harapan pihak sekolah semoga penyediaan modul ini dapat membantu murid2 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah dengan baik terutama kepada murid-murid yang menghadapi kekangan peranti internet dan gajet.