VISI
Menjadi pusat pembelajaran, pengajaran dan rujukan berasaskan Teknologi Maklumat terkini dan serba lengkap menjelang 2020.
MISI
Menjadi pusat rujukan yang lengkap dan selari dengan perkembangan semasa.
Menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang TMK.
Menyediakan prasarana dan kemudahan ICT yang lengkap dan bersesuaian untuk tujuan PdP yang berkesan.
Membantu menjayakan visi sekolah dan seterusnya matlamat Negara ke arah Pembestarian Sekolah.
OBJEKTIF
Melahirkan guru dan murid yang dapat mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan penggunaan ICT sistem dalam kalangan guru dan staf sokongan
Menjalinkan hubungan ibu bapa dan komuniti melalui penggunaan ICT.
PIAGAM PELANGGAN
Melahirkan guru dan murid yang mahir ICT dan Apps Online.
Memberi khidmat bantu kepada warga SK Mergong dalam penggunaan ICT.Melapor dengan segera kerosakan.
Memastikan makmal komputer berada dalam keadaan baik dan kondusif.
Mewujudkan Laman Web bagi membudayakan ICT dikalangan warga SK Mergong.
Menjalankan penyelenggaraan peralatan ICT supaya berfungsi dengan baik.
Memantau talian setiap hari bagi memastikan capaian internet berfungsi.