Sebelum menggunakan makmal komputer.
- Pelajar mestilah menggunakan makmal komputer mengikut jadual yang telah di tetapkan.
- Pelajar tidak dibenarkan memasuki makmal komputer jika tiada guru pembimbing.
- Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa mengikuti kelas komputer.
- Semua beg, makanan atau minuman serta milik sendiri tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam makmal komputer.
- Sebarang CD serta perisian yang bukan milik makmal komputer tidak dibenarkan guna dalam makmal komputer.
Semasa menggunakan komputer.
- Tolong senyap semasa berada di dalam makmal komputer.
- Pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan makmal komputer.
- Segera laporkan kerosakan atau kehilangan kepada guru penyelaras dengan segera.
- Pelajar perlu membayar ganti rugi atas kerosakan yang disengajakan.
- Jangan cuba membaiki kerosakan pada komputer dengan sendiri.
Selepas menggunakan makmal komputer.
- Pastikan suis dan komputer ditutup dengan cara yang betul.
- Sila kemaskan kerusi dan peralatan komputer sebelum meninggalkan makmal komputer.
- Pastikan papan tulis dibersihkan sebelum meninggalkan makmal komputer.
- Pastikan kebersihan sebelum meninggalkan makmal komputer.
- Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dari makmal komputer tanpa kebenaran guru.
- Sebarang kehilangan adalah menjadi tanggungjawab pengguna makmal komputer.